MySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace Layouts

Social Icons

Pages

Featured Posts

Tuesday 24 September 2013

GELANDANGAN


PULAU PINANG: Isu gelandangan menjadi fokus banyak akhbar baru-baru ini dek ekoran berlakunya peratusan peningkatan golongan gelandangan. Mengikut perangkaan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seramai 7,833 orang gelandangan telah diselamatkan oleh JKM bagi tempoh tahun 2007 hingga 2011. Angka ini makin meningkat saban tahun dan harus dipandang serius mengenai isu gelandangan ini.
         Merujuk takrif kamus dewan,“gelandangan” membawa maksud seorang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap. Gelandangan atau “homeless” ini juga mempunyai kategori atau jenis. Kota-kota besar seperti Kuala Lumpur menjadi persinggahan mereka paling ramai berbanding di tempat lain. Baru-baru ini UNGGAS (pertubuhan menangani gejala sosial Malaysia), bergiat aktif dalam membantu golongan gelandangan. 
             Pelbagai aktiviti yang telah dibuat dalam mengatasi isu tersebut. Malahan juga, badan kerajaan juga tidak ketinggalan membantu golongan ini.Gealndangan ini diakatakan menjadi symbol kepada hanya.

Difahamkan, golongan golongan gelandangan mempunyai beberapa faktor yang mejerumuskan kepada lurah gelandangan ini antaranya ialah,ketiadaan pekerjaan,miskin berpendapatan rendah,miskin tua,penagih dadah,pengabaian,masalah mental,sakit melarat,lari dari rumah dan sebagainya.Namun itu hanyalah satu kajian yang telad dibuat.Untuk mengetahui faktor sebenar hanya empunya badan sahaja yang mengetahui semuanya.Golongan ini istimewa walau hidup dijalanan namun mereka juga mampu meneruskan hidup bukan sahaja mengharapkan bantuan orang ramai.
       Terdapat empat kategori gelandangan yang dapat disimpulkan hasil daripada penyiasatan dan penyelidikan yang dibuat oleh pihak badan bukan kerajaan UNGGAS Malaysia iaitu sebuah badan pertubuhan yang menangani gejala sosial di Malaysia yang bergiat aktif juga dalam menangani masalah gelandangan di Pulau Pinang.
Menurut pengasas serta jurulatih UNGGAS Ustaz Kamaruddin Kasim berkata, gelandangan ialah mereka yang tdak mempunyai rumah ketika itu atas sebab-sebab tertentu. Antara contoh lokasi gelandangan banyak terdapat di sekitar kota-kota .
        Sumber berkata, golongan gelandangan terdiri daripada empat kategori utama gelandangan iaitu golongan penagih dadah, golongan yang berpendapatan rendah, mempunyai masalah keluarga dan golongan polis atau penyiasat. Ada segelintir daripada mereka yang mempunyai pekerjaan namun kerana kos sewa rumah terlampau tinggi, mereka terpaksa hidup di jalanan. Ada juga yang mempunyai permasalahan dengan keluarga seperti dibuang keluarga, ketiadaan rumah dan sebagainya”. Kata pengasas UNGGAS Malaysia.
Terdapat juga antara mereka yang telah murtad daripada agama Islam. Menurut sumber berkata, mereka memasuk ajaran kristian tanpa dipaksa. Mereka menganut ajaran tersebut kerana hanya orang kristian sahaja yang datang menolong mereka memberi makanan. “Namun kes ini masih dalam pengawasan UNGGAS agar keadaan seperti ini tidak berlaku lagi” Kata Ustaz Kamaruddin Kasim.
          “Untuk mendekati golongan gelandangan ini haruslah mempunyai cara yang tersendiri. Hal ini kerana mereka merupakan golongan yang sensitif. Setiap soalan yang ingin diutarakan haruslah bersesuaian dengan keadaan dan haruslah bijak mengeluarkan soalan agar setiap apa yang hendak ditanya tidak menyinggung perasaan mereka dan yang pling penting haruslah mendekati mereka dengan lebih dekat dan kenal mereka seperti mereka saudara kandung kita sendiri itu yang wajar kita lakukan untuk mendekati golongan ini”, ujarnya lagi. Ustaz Kamaruddin Kasim.
         Mereka bukan penjenayah.Mereka hanyalah segelintir insan yang tidak bernasib baik seperti kita. Tindakan sesetengah badan kerajaan yang membuat penangkapan golongan ini adalah sangat tidak wajar, tegasnya berkata. “saya amat kecewa dengan sikap sesetengah badan kerajaan yang membuat penangkapan terhadap mereka, mereka bukan penjenayah” kata Ustaz Kamaruddin Kasim mengenai isu penangkapan gelandangan baru-baru ini.
          Ustaz Kamaruddin Kasim mengulas lagi, “ kita haruslah bersama-sama menolong golongan ini agar mereka mampu untuk meneruskan hidup seperti insan normal lain”. Langkah panjang yang diambil oleh UNGGAS Malaysia bukan sahaja dengan memberi makanan kepada golongan ini, malah aktiviti yang terbaru adalah dengan membuat diskusi santai agar dengan cara ini dapat mengubah fikiran dan minda mereka kearah hidup yang lebih baik dan pendekatan dakwah juga dilakukan bagi gelandangan muslim oleh jurulatih UNGGAS yang terlatih.

MAK NYAH : APA ISUNYA?


Pondan, mak nyah,lady boy dan bapuk. Itulah gelaran yang diberikan kepada golongan lelaki yang transeksual iaitu mereka yang mendakwa mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah ‘terperangkap dalam tubuh yang salah’ atau ‘ wanita dilahirkan transeksual’.
            Menurut Profesor Madya Dr. The Yik Koon, melalui bukunya Mak Nyah in Malaysia : The Influence Of culture and Religion on their identity,  mak nyah secara ammnya merujuk kepada lelaki transeksual, adalah lelaki mukhannas yang mahukan jantina yang lain dari jantina yang mereka lahir. Ini berbea dengan kaum khunsa yang pada dasarnya mereka yang dwi jantina.
            Pada tahun 1981, golongan mak nyah sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pada tahun tersebut, satu pertandingan Ratu mak nyah telah diadakan. Pertandingan yang dinamakan Model Mak Nyah Of The Year 1984 juga  telah diadakan pada penghujung Disember tahun itu di Hotel Ria, Kuala Lumpur. Mimie Zarina merupakan  salah seorang selebriti mak nyah yang popular pada 1980-an.
 Berdasarkan Arkib Negara,pada tahun 1983, persidangan Raja-raja Malaysia memutuskan bahawa pembedahan jantina harus dilarang untuk semua kecuali mereka yang interseks.di bawah seksyen 21 Akta kesalahan Kecil 1955, mak nyah boleh didakwa kerana tingkah laku tidak senonoh dengan berpakaian seperti wanita. Namun pada masa kini golongan ini dicemuh dan dihina oleh masyarakat. Masyarakat pada amnya meminggirkan kelompok mak nyah ini. Masyarakat cenderung melihat isu ini dari sudut moral tetapi jarang mahu melihat apakah moral kita apabila menghukum golongan mak nyah ini.
“ Akak  tak kisah apa yang orang lain nak cakap,akak bahagia dengan keadaan akak sekarang”. Itulah jawapan yang diberikan oleh Lily (bukan nama sebenar) apabila ditanya mengenai tanggapannya terhadap pandangan negatif masyarakat sekeliling. Lily merupakan antara golongan mak nyah yang aktif di kawasan sekitar Klang terutama di Pelabuha Klang dan Kawasan Bandar Bukit Tinggi, Klang. Lily bekerja sebagai seorang jurujual di sebuah butik dikawasan sekitar Bandar bukit Tinggi.
“ Akak mula bekerja di butik pada pukul 7 pagi hingga 7petang. Selepas tu akak balik berehat sekejap dan mula keluar bekerja mencari pelanggan pukul 10 malam”. Itu jawapan yang diberi oleh Lily apabila ditanya mengenai jadual hariannya.
Lily merupakan antara mak nyah yang popular dalam kalangan pelanggannya. Selain mempunyai bentuk tubuh yang menawan, dia juga memiliki rupa paras yang cukup cantik seperti seorang perempuan. Dia  tidak menjalani sebarang pembedahan jantina namun mengakui bahawa  menjalani pembedahan  buah dada di Thailand tiga tahun yang lalu.
“Akak memang ada niat nak buat pembedahan jantina tapi akak tak cukup bajet lagi la. Akak ada sorang kawan, dia dah buat pembedahan jantina kat Thailand. Kos pembedahan kat sana lebih murah dik daripada kat sini”, jawabnya.
“ Akak sebenarnya memang lembut dari kecil lagi. Akak tak suka bergaul dengan lelaki, akak lebih suka bermain bersama perempuan. Tapi nak buat macam mana kan, akak dah jadi macam ni, terima jew la akak seadanya. Akak sebenarnya ada seorang adik perempuan sahaja. Akak tak duduk sekali dengan keluarga akak, mereka ada di Melaka. Akak datang kat sini dengan kawan akak. Dia yang carikan akak kerja kat sini”, jawabnya.
Pendapatan yang Lily peroleh adalah lumayan semenjak bekerja pada waktu malam sebagai seorang mak nyah. Dia dapat memperoleh RM2000-3000 sebulan. Dia amat berpuas hati dengan keadaannya sekarang. Dia merasa bebas  dan masyarakat kampong tidak lagi boleh memandang hina padanya.

ISU PUSAT TAHFIZ AMAL (PTA) TIADA NOKTAH


Yan, Kedah : Sekolah Menengah Agama Al-Falah kini dikenali sebagai Pusat Tahfiz Amal terletak di KM17 Jalan Kuala Kedah-Yan, Kangkong, Alor Star, Kedah. Pusat Tahfiz Amal hanya dihuni murid tahun satu hingga enam seramai 138 murid serta 24 kakitangan.

            Nama sekolah terbabit menjadi sebutan ramai kerana mendapat liputan daripada wartawan 360 Mazidul Akmal Sidik yang menyiasat mengenai perhambaan kanak-kanak oleh Pusat Tahfiz Amal untuk meminta derma. Penyiasatan ini dilakukan selepas berlakunya kejadian kemalangan  ngeri di Kilometer 355.7 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai, Perak. Akibat pemandu, 19 tahun dipercayai tertidur, van dinaiki pelajar sekolah sama dilapor merempuh bahagian belakang lori kontena Pos Malaysia.

5 pelajar berusia di antara 12 dan 13 tahun maut dalam nahas pada 23 Disember 2007. Semua mangsa dkatakan dalam perjalanan pulang ke Kedah selepas melakukan jualan amal di Kuala Lumpur. Pelajar pusat sama sehingga kini dilapor masih meneruskan kegiatan ‘jualan amal’ antaranya di Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Mereka dikatakan boleh ditemui di stesyen minyak, kawasan berhampiran institusi kewangan, kawasan rehat dan rawat, dengan menjual kalendar, krim panas, produk daripada SM Amin dan buku yang berharga RM10. Untuk rekod, pada Januari 2007, Jabatan Agama Islam Kedah, JAIK mengarahkan pusat tahfiz itu ditutup kerana memaksa pelajar menjual barangan di pelbagai lokasi. Namun selepas 3 tahun pusat tahfiz tebabit masih beroperasi sehingga ke saat ini.

            Kebanyakan pelajar tersebut merupakan anak yatim dan anak golongan miskin. Kami diberitahu mereka menerima sesiapa sahaja yang dihantar ke situ walaupun bukan dari golongan miakin mahupun anak yatim tetapi penerimaan adalah terhad kerana mereka kekurangan kemudahan. 


“Kami tidak tahu di mana duit itu pergi selepas hasil kutipan mereka”kata Abu Bakar Saad, 59, pemandu teksi di sekitar Alor Setar. “kamu sudah pergi belum rumah pengasas pusat tahfiz? kalau kamu pergi terdapat sebuah rumah banglo serta kereta mewah yang mempunyai 2 angka, macam mana rumah pengasas begitu mewah sedangkan pusat tahfiz tersebut teruk” katanya lagi.

            Berdiri di sebelah Abu Bakar Saad terdapat seorang lagi pemandu teksi yang turut memberi pandangan mengenai isu tersebut “kami tidak berani untuk mengatakan lebih kerana kami bimbang akan menghalang hasil pencarian anak yatim, manalah tahu itu adalah satu-satunya cara rezeki yang mereka peroleh” kata Hamidun Mat Ali, 48. Katanya lagi, jualan yang melibatkan kanak-kanak yang menjualnya adalah tidak bagus untuk kanak-kanak tersebut. Baginya, masa kanak-kanak seharusnya dihabiskan dengan belajar bukanya dengan buat jualan serta derma.
           
              Kami sudah biasa melihat kanak-kanak serta guru mereka berkeliaran di sekitar bandar Alor Setar, terutamanya di kawasan kedai makan, di stesyen minyak, kawasan berhampiran institusi kewangan, kawasan rehat dan rawat, dengan menjual kalendar, krim panas, produk daripada SM Amin dan buku yang berharga RM10. Sebagai sekolah tahfiz, mereka seharusnya diajar ilmu agama, menghafaz quran serta belajar mata pelajaran biasa yang ada di semua sekolah.

Mencari dana adalah tugas pihak tahfiz tersebut. Mereka dikatakan mendapat sumbangan besar daripada Syarikat SM Amin, oleh itu, kenapa perlu mengambil kesempatan menyuruh kanak-kanak PTA untuk menjualnya. Masyarakat manyarankan agar pihak yang bertanggungjawab haruslah memainkan peranan pentinng dalam mengatasi masalah tersebut. Perkara ini telah berlanjutan tanpa ada jalan penyelesaian.
 

Followers