MySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace Layouts

Social Icons

Pages

Tuesday 24 September 2013

MAK NYAH : APA ISUNYA?


Pondan, mak nyah,lady boy dan bapuk. Itulah gelaran yang diberikan kepada golongan lelaki yang transeksual iaitu mereka yang mendakwa mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah ‘terperangkap dalam tubuh yang salah’ atau ‘ wanita dilahirkan transeksual’.
            Menurut Profesor Madya Dr. The Yik Koon, melalui bukunya Mak Nyah in Malaysia : The Influence Of culture and Religion on their identity,  mak nyah secara ammnya merujuk kepada lelaki transeksual, adalah lelaki mukhannas yang mahukan jantina yang lain dari jantina yang mereka lahir. Ini berbea dengan kaum khunsa yang pada dasarnya mereka yang dwi jantina.
            Pada tahun 1981, golongan mak nyah sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pada tahun tersebut, satu pertandingan Ratu mak nyah telah diadakan. Pertandingan yang dinamakan Model Mak Nyah Of The Year 1984 juga  telah diadakan pada penghujung Disember tahun itu di Hotel Ria, Kuala Lumpur. Mimie Zarina merupakan  salah seorang selebriti mak nyah yang popular pada 1980-an.
 Berdasarkan Arkib Negara,pada tahun 1983, persidangan Raja-raja Malaysia memutuskan bahawa pembedahan jantina harus dilarang untuk semua kecuali mereka yang interseks.di bawah seksyen 21 Akta kesalahan Kecil 1955, mak nyah boleh didakwa kerana tingkah laku tidak senonoh dengan berpakaian seperti wanita. Namun pada masa kini golongan ini dicemuh dan dihina oleh masyarakat. Masyarakat pada amnya meminggirkan kelompok mak nyah ini. Masyarakat cenderung melihat isu ini dari sudut moral tetapi jarang mahu melihat apakah moral kita apabila menghukum golongan mak nyah ini.
“ Akak  tak kisah apa yang orang lain nak cakap,akak bahagia dengan keadaan akak sekarang”. Itulah jawapan yang diberikan oleh Lily (bukan nama sebenar) apabila ditanya mengenai tanggapannya terhadap pandangan negatif masyarakat sekeliling. Lily merupakan antara golongan mak nyah yang aktif di kawasan sekitar Klang terutama di Pelabuha Klang dan Kawasan Bandar Bukit Tinggi, Klang. Lily bekerja sebagai seorang jurujual di sebuah butik dikawasan sekitar Bandar bukit Tinggi.
“ Akak mula bekerja di butik pada pukul 7 pagi hingga 7petang. Selepas tu akak balik berehat sekejap dan mula keluar bekerja mencari pelanggan pukul 10 malam”. Itu jawapan yang diberi oleh Lily apabila ditanya mengenai jadual hariannya.
Lily merupakan antara mak nyah yang popular dalam kalangan pelanggannya. Selain mempunyai bentuk tubuh yang menawan, dia juga memiliki rupa paras yang cukup cantik seperti seorang perempuan. Dia  tidak menjalani sebarang pembedahan jantina namun mengakui bahawa  menjalani pembedahan  buah dada di Thailand tiga tahun yang lalu.
“Akak memang ada niat nak buat pembedahan jantina tapi akak tak cukup bajet lagi la. Akak ada sorang kawan, dia dah buat pembedahan jantina kat Thailand. Kos pembedahan kat sana lebih murah dik daripada kat sini”, jawabnya.
“ Akak sebenarnya memang lembut dari kecil lagi. Akak tak suka bergaul dengan lelaki, akak lebih suka bermain bersama perempuan. Tapi nak buat macam mana kan, akak dah jadi macam ni, terima jew la akak seadanya. Akak sebenarnya ada seorang adik perempuan sahaja. Akak tak duduk sekali dengan keluarga akak, mereka ada di Melaka. Akak datang kat sini dengan kawan akak. Dia yang carikan akak kerja kat sini”, jawabnya.
Pendapatan yang Lily peroleh adalah lumayan semenjak bekerja pada waktu malam sebagai seorang mak nyah. Dia dapat memperoleh RM2000-3000 sebulan. Dia amat berpuas hati dengan keadaannya sekarang. Dia merasa bebas  dan masyarakat kampong tidak lagi boleh memandang hina padanya.

No comments:

Post a Comment

 

Followers